Friday, 17 February 2012

GENERASI MENDATANG ADAKAH MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI

Melihat kepada isu ini, tidak mustahil anak bangsa akan merempat di negara sendiri.
Buktinya di sekitar beberapa buah bandaraya besar di Malaysia ini.
Berapa ramai warga tempatan yang hidupnya merempat tiada tempat tinggal.
Berbumbungkan langit, berlantaikan bumi.
Hanya menyerahkan hidup pada takdir.
Umpama kais pagi makan pagi dan sebaliknya.
Bagaimana hati kecil ini tidak bimbang melihat fenomena tersebut.
Anak-anak yang masih kecil hanya berselimutkan kain putih nipis.
Tanpa mengetahui akan takdir hidup mereka.
Sedangkan bagi mereka yang bertuah menikmati dunia yang jauh berbeza.
Bagaimana wujudnya jurang sejauh ini.
Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus mengais mencari sesuap rezeki.
 Hati ini terdetik, sanggupkah ku melihat anak generasiku hidup demikian.
Menjadi persoalan hidupku, ada diantara gelandangan di ibu kota mempunyai pendidikan.
Mengapa memilih cara hidup demikian.
Adakah peluang pekerjaan kurang atau terlalu memilih.
Atau pun upah yang diperolehi tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan.
Mungkin golongan ini berhak mendapat sesuatu setimpal dengan apa yang telah mereka korbankan.
Dimana silapnya masyarakat kita.
adakah melalui dasar pemerintahan yang berat sebelah.
Menganaktirikan sesetengah rakyatnya berdasarkan parti mana yang memerintah.
Atau memang benar masyarakat kita terlalu memilih pekerjaan untuk hidup senang.
Atau dengan kebanjiran pendatang yang mengambil alih kerja.
Bagaimana golongan migran asing ini boleh bertambah bilangannya setiap tahun.
Adakah pemantauan dan undang-undang negara masih tiada sesiapa yang menggeruninya.
Atau ada pihak lain yang mengambil peluang untuk kepentingan diri.
Begitu banyak persoalan yang tidak terungkai.
Ada pihak yang saling menuding jari.
Perlembagaan Negara pun sudah ada yang mempertikaikannya.
Apatah lagi hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu.
Harmonikah negara kita ini.
Atau ada pihak yang menyembunyikan sesuatu kekalutan yang berlaku.
RENUNG2KAN.....

No comments: