Monday 9 January 2012

Diari Seorang Wanita Untuk Lelaki



DIARI HATI SEORANG INSAN BERGELAR WANITA....

BUAT LELAKI...

JGN KAU PINTA PENGORBANAN
DARI SEORANG WANITA UNTUK MEMBUKTIKAN KASIHNYA
SELAGI IA BELUM SAH MENJADI ISTERIMU..
JGN KAU PINTA SESUATU YANG BELUM MENJADI HAK MILIKMU...
SESUNGGUHNYA HATI WANITA INI MERINTIH
MENANGISI BETAPA KEJAMNYA
MANUSIA BERNAMA LELAKI
YG CUBA MELEMPARKAN DIRINYA 
KE NERAKA JAHANAM....
JGN KAU AJAR WANITA INI MENCALIT AIB PADA KELUARGANYA...
KERANA ALLAH...
WANITA INI MELEPASKAN MU...
KERANA ALLAH....
WANITA INI REDHA....
WAHAI LELAKI...
JGN KAU KOTORI HATI WANITA INI DENGAN BENIH-BENIH DOSA..






entry ini oleh : Aku Budak Geografi

[Puisi] Bulan dan Bintang



aku memandang ke langit...
aku melihat bulan dan bintang
sinarannya sangat indah
seakan memberi senyuman padaku....

aku memandang ke langit..
kemudian aku tertunduk
aku terdiam dan membisu
lalu air mataku mengalir membasahi pipi....

aku memandang ke langit...
aku melihat bulan dan bintang
kini sinarannya mula suram 
seakan memahami kepedihan hati...

aku memandang ke langit...
kemudian aku terfikir
begitu indah ciptaan tuhan
kerana bulan dan bintang menjadi teman...

andai bulan dan bintang
boleh faham kesedihan hati...
kenapa insan yang kita sayangi
sukar untuk memahami hati ini??

sesungguhnya 
bulan dan bintang menjadi saksi
kehadirannya membawa seribu erti
kerana bulan dan bintang lebih memahami... 


entry ini oleh : Aku Budak Geografi