Monday 23 September 2013

 
Biarlah sesuatu itu hilang seiring semua berlalu.
seperti hilangnya tulisan yang dicatat pada awan kelabu,
bagai ombak yang membadai di laut biru,
umpama tebeng pasir menanti hakisan berlaku,
hancur musnah tiada Nampak pelaku,

Usaha telah dilakukan,
cuba memulihkan persaudaraan,
membuang keegoan yang bersarang,
Namun syaitan tetap tidak mengendahkan,...
dibisikkan kekerasan agar terus bertahan.

Tahniah mampu ku ucapkan,
kerana Berjaya menipu dayakan,
semua insan turut terkesan,
biar aku dipersalahkan,
oleh egonya sebuah persahabatan.

Pilihanku kau enggan memandang,
jauh sekali untuk berkenalan,
anggap itu sebagai suratan dan ujian,
yang bertandang dalam kehidupan,
sebuah ikatan yang musnah dek 'keegoan'.

Monday 4 March 2013


WANITA YANG PALING BAHAGIA?

Jujur ku katakan , untuk menjaga hati semua pihak terlalu sukar,
perlukan banyak pengorbanan dalam sebuah persahabatan dan percintaan,
Andai dapatku bahagiakan semua orang, pasti aku tidak akan membiarkan sesiapa menitiskan air mata disebabkan aku, aku ikhlas bersahabat, ikhlas menerima seseorang dalam hidupku,
tp mungkinkah aku terlalu tamak sehinggakan ada insan lain terguris disebabkan tindakan yang telah aku lakukan.
Buat Sahabatku, maafkan aku terpaksa menipu kamu, aku terpaksa demi menjaga persahabatan dan perasaan kamu. kerana aku terlalu menyayangi persahabat ini, aku tidak mahu kamu terguris walau sedikit pun, ku kirakan dengan mengambil tindakan tersebut, akan dapat menjaga hati kamu...tp aku silap, x ku sangka ada insan lain yang cuba memaksa kamu untuk mengetahui segalanya, atau mungkin aku mmg tidak boleh menipu kamu....
Satu yang perlu kamu tahu, aku terpaksa melakukannya demi menjaga "HATI'' kamu.
Andai bisa ku bahagikan k.syg ku seadilnya, andai bisa diri ini dipotong dua, ku izin kan kamu melakukannya, agar aku sentiasa ada bersama kamu sahabatku...Maafkan aku kerana aku tidak mampu...

Friday 17 February 2012

GENERASI MENDATANG ADAKAH MEREMPAT DI NEGARA SENDIRI

Melihat kepada isu ini, tidak mustahil anak bangsa akan merempat di negara sendiri.
Buktinya di sekitar beberapa buah bandaraya besar di Malaysia ini.
Berapa ramai warga tempatan yang hidupnya merempat tiada tempat tinggal.
Berbumbungkan langit, berlantaikan bumi.
Hanya menyerahkan hidup pada takdir.
Umpama kais pagi makan pagi dan sebaliknya.
Bagaimana hati kecil ini tidak bimbang melihat fenomena tersebut.
Anak-anak yang masih kecil hanya berselimutkan kain putih nipis.
Tanpa mengetahui akan takdir hidup mereka.
Sedangkan bagi mereka yang bertuah menikmati dunia yang jauh berbeza.
Bagaimana wujudnya jurang sejauh ini.
Yang kaya semakin kaya, yang miskin terus mengais mencari sesuap rezeki.
 Hati ini terdetik, sanggupkah ku melihat anak generasiku hidup demikian.
Menjadi persoalan hidupku, ada diantara gelandangan di ibu kota mempunyai pendidikan.
Mengapa memilih cara hidup demikian.
Adakah peluang pekerjaan kurang atau terlalu memilih.
Atau pun upah yang diperolehi tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan.
Mungkin golongan ini berhak mendapat sesuatu setimpal dengan apa yang telah mereka korbankan.
Dimana silapnya masyarakat kita.
adakah melalui dasar pemerintahan yang berat sebelah.
Menganaktirikan sesetengah rakyatnya berdasarkan parti mana yang memerintah.
Atau memang benar masyarakat kita terlalu memilih pekerjaan untuk hidup senang.
Atau dengan kebanjiran pendatang yang mengambil alih kerja.
Bagaimana golongan migran asing ini boleh bertambah bilangannya setiap tahun.
Adakah pemantauan dan undang-undang negara masih tiada sesiapa yang menggeruninya.
Atau ada pihak lain yang mengambil peluang untuk kepentingan diri.
Begitu banyak persoalan yang tidak terungkai.
Ada pihak yang saling menuding jari.
Perlembagaan Negara pun sudah ada yang mempertikaikannya.
Apatah lagi hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu.
Harmonikah negara kita ini.
Atau ada pihak yang menyembunyikan sesuatu kekalutan yang berlaku.
RENUNG2KAN.....

Saturday 11 February 2012

MUSLIMAH SEJATI


Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dikelopak iman…

Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…

Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…

Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.

Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…

Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…

Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…

Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….