Monday 9 January 2012

[Puisi] Bulan dan Bintang



aku memandang ke langit...
aku melihat bulan dan bintang
sinarannya sangat indah
seakan memberi senyuman padaku....

aku memandang ke langit..
kemudian aku tertunduk
aku terdiam dan membisu
lalu air mataku mengalir membasahi pipi....

aku memandang ke langit...
aku melihat bulan dan bintang
kini sinarannya mula suram 
seakan memahami kepedihan hati...

aku memandang ke langit...
kemudian aku terfikir
begitu indah ciptaan tuhan
kerana bulan dan bintang menjadi teman...

andai bulan dan bintang
boleh faham kesedihan hati...
kenapa insan yang kita sayangi
sukar untuk memahami hati ini??

sesungguhnya 
bulan dan bintang menjadi saksi
kehadirannya membawa seribu erti
kerana bulan dan bintang lebih memahami... 


entry ini oleh : Aku Budak Geografi

No comments: